Friday, August 19, 2022

Khir Busrah dilantik SUSK Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa esok

Secara Rawak

KUCHING: Pengarah Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri, Datuk Khir Busrah akan melapor diri sebagai Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sarawak esok.

Beliau menggantikan Wan Khalid Wan Mohamad, yang memegang jawatan itu sejak era Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri.

Khir merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran awam.

Beliau pernah menduduki jawatan kanan dalam pentadbiran polis Sarawak sebelum dilantik sebagai juruiring atau Aide De Coupe kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Zaidi Adruce dan Tun Salahuddin Abang Barieng.

Ketokohannya menyebabkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Tun Salahuddin.

Selepas Tun Abdul Taib Mahmud dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri, beliau meneruskan tugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan sebagai membantu proses transisi pentadbiran tertinggi negeri, sebelum dilantik mengetuai UPPAN. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru