Saturday, August 20, 2022

Feri percuma untuk seluruh Sarawak tahun depan — Abang Johari

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak sedang mempertimbang untuk menghapuskan tambang feri pada tahun depan, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi.

Katanya, beliau telah mengarahkan menteri yang bertanggungjawab, yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing untuk memuktamadkan kos yang terlibat.

“Kita akan mengumum tarikh pelaksanaannya pada tahun depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ketua Menteri Abang Jo Bersama Media di Hotel Grand Magherita.

Penghapusan tambang feri tersebut katanya lagi, akan memudahkan dan melancarkan perjalanan rakyat di kawasan luar bandar.

Beliau yang telah 18 bulan mentadbir negeri, berikrar untuk terus menggiatkan pembangunan di kawasan luar bandar, termasuk mengukuh ekonominya.

“Kita akan menggunakan sepenuhnya sumber tenaga yang ada selain memperkasa teknologi pertanian moden.

Beliau turut memberi jaminan bahawa ekonomi Sarawak berada dalam keadaan kukuh susulan pengurusan kewangan yang berhemah oleh pimpinan sebelum ini.

“Untuk meningkatkan pendapatan pada masa depan, kita ada beberapa opsyen namun tidak dapat didedahkan pada waktu ini.

“Kita mempunyai tanah yang luas dan kita perlu bijak mengurusnya,” katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Masing. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru