Friday, December 3, 2021

Arah angin selamatkan Sarawak daripada derita jerebu, kepanasan

Secara Rawak

KUCHING : Sarawak dijangka bebas daripada jerebu rentas sempadan ekoran perubahan arah angin dari Kalimantan menuju negara lain.

Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Dr Peter Sawal berkata, perubahan arah tiupan angin dari Kalimantan ke negara lain dan faktor cuaca termasuk aktiviti pembakaran terbuka yang berkurangan merupakan berita baik untuk negeri ini.

“Hasil pemantauan, arah tiupan angin dari Kalimantan telah berubah sejak dua minggu lalu dan ia turut membawa partikel jerebu dari wilayah berkenaan,” katanya.

Peter berkata, ia juga membuktikan betapa kerajaan Indonesia sangat komited mengawal selia aktiviti tersebut yang sebelum ini menjejaskan negara jiran,” jelasnya pada sesi taklimat berkaitan jerebu, kualiti udara, titik panas dan penguatkuasaan alam sekitar di ibu pejabat NREB, di sini, hari ini.

Sehingga Julai lalu, sebanyak 38 permit pembakaran terbuka telah dikeluarkan oleh NREB terhadap syarikat-syarikat perladangan di negeri ini.

“Ia bagi mengelak daripada berlakunya pencemaran udara akibat pembakaran terbuka terutamanya jerebu, berikutan keadaan cuaca di Sarawak yang kini sangat panas,”tambahnya.

Setakat ini, terdapat sebanyak 12 stesen AQMS di seluruh negeri Sarawak termasuk di Lawas, Lubok Antu dan Tebedu.

“Perancangan kita pada tahun ini adalah untuk menubuhkan masing-masing satu stesen di Lundu, Bario dan Kapit,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru