Friday, October 7, 2022

PBSM platform terbaik kepada pelajar untuk terapkan nilai kemanusiaan-Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Secara Rawak

GEORGETOWN: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong telah menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia Pulau Pinang 2018 semalam.

Steven Sim yang berkongsi aktivitinya di Facebooknya berkata, “Saya berasa amat banga kerana dilantik sebagai Penasihat PBSM Negeri Pulau Pinang.”

“Ini kali pertama saya berpeluang memakai uniform PBSM selepas 20 tahun. Kali terakhir saya mengenakan uniform penuh PBSM ialah pada tahun 1998. Saya telah menjadi ahli PBSM sejak berumur 10 tahun lagi,” ujarnya.

“Justeru, jaminan saya kepada PBSM Pulau Pinang ialah bahawa uniform yang saya pakai bukan “uniform kehormat” semata-mata,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Bukit Mertajam juga, “Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk meneruskan perkhidmatan terbaik sebagai seorang Ahli PBSM. ”

Jelas Steven Sim, “PBSM juga merupakan platform terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah untuk belajar tentang kepimpinan, kerjasama berpasukan, kemahiran berkomunikasi dan yang paling penting, nilai-nilai kemanusiaan.”

Tambahnya lagi, “Biar kita terapkan nilai-nilai PBSM seperti lirik lagu kita:

“Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu aman atau bahaya.” –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru