Friday, October 7, 2022

Melayu pendatang: Naib Pengerusi DAP mohon maaf

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Didesak pelbagai pihak supaya susulan kenyataan, orang Melayu di negara ini sebagai pendatang, Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf terhadap kenyataan yang diungkapkannya minggu lalu.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu,” katanya.

Namun, Menteri Sumber Manusia itu mempertahankan kenyataannya disalah tafsir, yang menyatakan beliau menggunakan perkataan itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan portal hari ini hari ini, Kulasegaran berkata beliau tidak pernah menjadi orang mencetuskan kontroversi dalam isu kaum dan agama dan berjanji untuk mempertahankan perlembagaan.

Beliau yang berucap dalam bahasa Tamil di Nilai minggu lalu, berkata sesuatu perkataan dapat berubah-ubah maksud jika diterjemah ke bahasa lain.

Foto: Roketkini

Kata Kulasegaran, beliau memohon maaf bagi mengelakkan kontroversi sekitar dirinya itu makin parah.

Kulasegaran semalam menafikan laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kula Segaran dakwa Melayu bangsa pendatang” dan menyifatkannya sebagai fitnah dan pembohongan.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk M. Kula Segaran dan mendesak menteri tersebut agar meminta maaf kepada bangsa Melayu di negara ini berhubung kenyataannya ‘Melayu ialah pendatang di negara ini’.

Menurut beliau, kenyataan Kula yang menjadi viral di media sosial ternyata berbaur hasutan serta menghina bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal di nusantara Melayu atau dulunya dikenali sebagai ‘Malay Archipelago’.

“Saya mendesak agar Kula memohon maaf kepada seluruh orang-orang Melayu di negara ini kerana kenyataannya itu telah dianggap sebagai menghina dan menidakkan ketamadunan Melayu yang tercatat di dalam sejarah selama beribu tahun di nusantara dan di negara ini,” tegasnya seperti dipetik portal UMNO Online. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru