Sunday, September 25, 2022

Mangsa serangan buaya di Lawas ditemui pagi tadi, 600 meter dari lokasi serangan

Secara Rawak

LAWAS: Mayat mangsa serangan buaya di Kampung Baru Seberang Mission di sini berjaya dijumpai awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mayat dijumpai sekitar jam 6.40 pagi kira-kira 600 meter dari jarak dia dilaporkan disambar dan diheret ke dalam sungai.

“Mangsa ditemui tersangkut pada ranting kayu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ketika melakukan operasi ‘water surface searching’

“Keadaan mayat masih lengkap anggota badan kecuali terdapat beberapa kesan lebam dan calar di muka dan bahu sebelah kanan.

Mayat mangsa katanya, telah dibawa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian tengah hari semalam, Efendy Panil, 45 tahun sedang mengambil air di tebing sungai sebelum disambar reptilia berkenaan.

Kejadian disaksikan anak saudara mangsa yang kemudian memberitahu adiknya untuk menghubungi emaknya bagi meminta bantuan penduduk kampung. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru