Friday, October 7, 2022

Terkutuk, Israel serbu Masjid al-Aqsa ketika umat Islam kerjakan solat Jumaat

Secara Rawak

BAITULMAQDiS: Tentera Israel menyerbu dan memasuki Masjid al-Aqsha di Baitulmaqdis tapak suci ketiga Islam ketika para jemaah mengerjakan solat Jumaat.

Tentera rejim menangkap sekitar 24 pemuda dengan menuding sembrono bahawa mereka melempar batu dan mercun ke arah tentera yang berada di luar masjid.

Serbuan tersebut berlaku ketika seorang peserta demonstrasi di Gaza turut maut ditembak tentera rejim zionis itu.

Tentera rejim melakukan keganasan di dalam masjid ketika umat Islam mengerjakan ibadah.

Sementara, pihak berkuasa Islam mengaku 45 cedera akibat letusan granat Israel di Gaza.

Setakat ini sudah 153 warga Palestin terkorban tewas sepanjang demonstrasi berlangsung sejak 30 Mac lepas.

Para penunjuk perasaan menuntut pengembalian hak pelarian Palestin yang kehilangan tanah semenjak perang penjajahan Israel 1948.

Pejabat Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam kenyataan berkata, “serangan Israel ke atas rampasan Baitulmaqdis meningkatkan ketegangan dan mengheret wilayah tersebut ke kancah perang agama yang mahu kami elakkan.”

Kompleks Masjid al-Aqsa yang juga tapak suci Yahudi, termasuk antara wilayah dirampas Israel pada perang 1967 melawan Jordan.

Kerajaan Jordan masih menjadi penyelia masjid berkenaan sehingga kini.

Israel menyalahkan Hamas atas demonstrasi tersebut.

Israel turut mengaku rugi akibat kebakaran tapak pertanian dan hutan yang dihidupkan oleh lemparan api dari penunjuk perasaan di Gaza.

Dalam pada itu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pasukan keselamatan rejim Israel terhadap umat Islam yang sedang mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Twitternya menyeru masyarakat antarabangsa bersatu menghentikan perbuatan biadab ke atas tempat ibadat berkenaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru