Friday, October 7, 2022

Pembangunan Bintulu terus dipacu

Secara Rawak

BINTULU: Ketua Menteri berkata kerajaan akan membuka kawasan seberang Jepak di sini sebagai sebahagian pembangunan Bintulu.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata, pembukaan kawasan baharu itu bagi menempatkan semula penduduk Bintulu.

Bintulu sebuah bandar yang pesat membangun memerlukan rumah yang lebih banyak.

Katanya, kawasan pembangunan baharu itu nanti akan menyaksikan pembinaan jambatan berharga sekitar RM300 juta dengan tender bakal dibuka pada akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi Bintulu Townhall di Dewan Suarah Bintulu di sini, Sabtu.

Abang Johari berkata, Bintulu banyak mengalami perubahan sejak 40 tahun lalu.

Malah, ujarnya, bandar itu amat bertuah dengan adanya sumber minyak dan gas. –Sarawakvoice

Foto: Page Abang Jo

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru