Monday, August 15, 2022

Abang Jo rasmi loji pertama pemprosesan hidrogen Sarawak sebentar lagi

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi hadir ke Majlis Pecah Tanah Loji Pemprosesan Hidrogen dan Stesen Pengisian di Pejabat Wilayah Barat, Sarawak Energy Berhad di sini.

Sarawak Energy Berhad sebelum ini telah diamanahkan untuk membangunkan penyumberan tenaga hidrogen di Sarawak, susulan pengumuman Abang Johari untuk penggunaan tenaga mesra alam di negeri pada masa depan.

Pada Disember lalu, beliau turut mengumumkan bahawa tiga bas berkuasa hidrogen akan memulakan perkhidmatannya di Kuching pada bulan ini, sebagai langkah kerajaan negeri Sarawak untuk menggunakan gas sebagai bahan api yang murah dan bersih pada kenderaan pengangkutan awam.

Bas berkenaan tidak akan diserahkan kepada syarikat bas untuk percubaan, tetapi akan “ditugaskan” kepada agensi kerajaan negeri, termasuk lembaga pelancongan.

Sarawak memilih untuk menggunakan tenaga hidrogen kerana memiliki jumlah sungai dan tasik yang besar.

Upacara pecah tanah ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada negeri Sarawak, dan membuka lembaran baharu kepada teknologi mesra alam di negeri ini.

Turut hadir Menteri Utiliti, Datuk Seri Stephen Rundi Utom dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Tan Sri Abdul Hamid Sepawi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru