Sunday, September 25, 2022

Lelaki maut langgar tiang lampu di bulatan Medan Universiti, Samarahan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Gagal mengawal kenderaan menyebabkan seorang lelaki maut selepas Nissan Xtrail yang dipandunya melanggar tiang lampu di Kilometer 10 berhampiran bulatan Medan Universiti di sini pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 7.50 pagi, melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Radiman Junaidi, 46 tahun.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan keluar dari bulatan sebelum kenderaannya hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu jalan.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kenderaan mangsa remuk di bahagian hadapan.

“Mangsa tidak sedarkan diri semasa dihantar ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Baru, Samarahan kemudian disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” kata Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru