Friday, October 7, 2022

Kini masa realisasikan segala hentaman dan kritikan ketika pembangkang dulu

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berpendapat lebih seronok menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, “Sebenarnya memang lebih seronok menjadi pembangkang. Tanyalah wakil-wakil rakyat United Malays National Organisation (UMNO) di Parlimen. Menjadi pembangkang memang aktiviti yang rancak jika dibanding dengan zaman mereka menjadi kerajaan dahulu.”

“Malah jelas kelihatan bagaimana wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan yang puluhan tahun terbiasa sebagai pembangkang, menjadi sedikit canggung apabila duduk di blok kerajaan. Ramai yang masih belum boleh meninggalkan tabiat pembangkang yang kerjanya asyik menghentam, ” ujar Steven Sim

Namun bagi Timbalan Menteri Belia dan Sukan ialah , “menjadi kerajaan adalah peluang untuk merealisasikan segala yang telah menjadi bahan hentaman ketika berada di blok pembangkang dahulu.”

“Sekarang saya boleh laksanakan semua hal yang saya hentam dulu. Contohnya apabila kita bercakap tentang tender terbuka,” tambahnya lagi –Sarawakvoice

Foto:RoketKini

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru