Monday, August 15, 2022

Kanak-kanak 2 tahun dari Kampung Pangtray, Daro maut kerana HFMD di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi mengesahkan bahawa seorang kanak-kanak telah meninggal dunia disyaki akibat penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Kanak-kanak tersebut berumur 2 tahun 5 bulan, dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa mula mengalami demam pada 24 Julai 2018 dan menunjukkan gejala seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada 25 Julai.

“Selanjutnya kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan
Daro pada 25 Julai dan telah didiagnosa sebagai “disyaki HFMD” , menyebabkan mangsa diberikan rawatan serta ibunya telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera jika anaknya masih tidak sembuh.

Pada malam 27 Julai, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Daro dalam keadaan tidak stabil dan dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

“Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia di Hospital Sibu pada jam 2.08 pagi tadi dengan penyebab kematian adalah jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dengan jangkitan HFMD.

“Sampel klinikal telah diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru