Tuesday, August 16, 2022

Hadapi persaingan, Bernama-RTM bergabung – Gobind

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Idea menggabungkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam tempoh beberapa bulan lagi, bertujuan menonjolkan wajah baru dan bersaing dengan agensi berita antarabangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata penggabungan ini perlu dilakukan mengambil kira saluran pesaing seperti Reuters, CNN dan Al Jazeera.

Bercakap pada pada majlis tayangan dokumentari “Incarcerated Rhythm” di Kuala Lumpur pada Rabu, Gobind berkata, dunia sudah maju dan jika kita tidak bergerak pantas, kita akan jauh ketinggalan.

Selain menjimatkan kos pengurusan, Gobind yakin gabungan itu dapat menaik taraf seluruh kandungan program disiarkan.

Menurut Gobind, dengan menggabungkan kekuatan Bernama dan RTM, negara dapat menyalurkan wang ke saluran lain selain dapat meningkatkan nilai dan kualiti berita.

Kini, Bernama dan RTM diarah menyerahkan kertas kerja cadangan penggabungan kedua-dua organisasi itu menjelang akhir bulan ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru