Tuesday, August 16, 2022

Dua lelaki sempat selamatkan diri daripada menjadi mangsa api di Kampung Pisang, Simunjan

Secara Rawak

SIMUNJAN: Dua penghuni lelaki dewasa sebuah rumah di Kampung Tanjung Pisang di sini terselamat selepas rumah mereka musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.53 malam dan sebuah jentera LFRT diatur segera ke lokasi dengan sembilan anggota dari Balai Simunjan.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah rumah dua tingkat berstruktur kayu jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 30 kaki x 60 kaki telah musnah dan terbakar sepenuhnya.

“Pasukan kemudian bertindak membuat operasi pemadaman dan kerja-kerja penyejukan dengan bersumberkan air dari jentera, berikutan tekanan air rendah di kawasan tersebut.

Kata Ling Hii, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi tamat sekitar jam 12.30 tengah malam. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru