Friday, August 19, 2022

Cikgu Emmet terselamat dari tragedi SK Batu Bungan

Secara Rawak

KUCHING: Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku, Cikgu Ahmad Faizal atau dikenali Emmet Faizal bernasib baik tidak menjadi mangsa dalam tragedi kebakaran di Sekolah Kebangsaan Batu Bungan semalam.

Emmet, yang juga pakar motivasi sebenarnya telah dijemput untuk menjadi penceramah motivasi di SK Batu Bungan terbabit, yang melibatkan pelajar-pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Tiga buah sekolah terbabit iaitu SK Batu Bungan, SK Long Panai dan SK Penghulu Baya Mallang.

“Saya bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana jadual saya penuh pada sepanjang bulan Julai ini,” katanya ketika dihubungi di Mukah.

Justeru itu katanya, beliau terkesima dan terduduk apabila mendapat tahu tentang tragedi malang yang menimpa, yang menyebabkan seorang maut dan dua cedera.

Dalam tragedi sekitar jam 5.00 pagi itu, guru wanita yang berasal dari Bau, Catherine Janet Tivi rentung manakala dua rakannya, cedera.

Difahamkan, Catherine telah masuk semula ke dalam bangunan yang terbakar untuk menyelamatkan rakannya, yang masih terperangkap.

Malangnya, dia sendiri tersungkur dan tewas.

Mayat mendiang akan menjalani proses bedah siasat pagi ini sebelum diterbang dan disemandikan di kampung halamannya di Bau.

Bapa mendiang merupakan pegawai kanan bomba yang bertugas di Balai Bau. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru