Sunday, August 14, 2022

Warga emas maut ditetak dengan parang di Roban

Secara Rawak

SARATOK: Seorang warga emas maut ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di kawasan Rumah Panjang Lumpoh Bratong Baru Roban petang tadi.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang, mangsa yang maut dikenali sebagai Jelangi anak Ngayu, 80 tahun, maut ditempat kejadian apabila kepalanya putus ditetak oleh suspek yang dikatakan mempuyai pertalian saudara dengan mangsa.

Suspek kes, Bandang anak Langu yang mempunyai rekod masalah mental dikatakan belum lama keluar dari Hospital Mental di Kuching.

Suspek sebelum ini pernah dipenjara setelah melakukan kes yang sama apabila menetak mati isterinya beberapa tahun lalu. Sususlan insiden yang berlaku ketika itu suspek juga menjalani rawatan di pusat rawatan, Hospital Mental di Kuching.

Dalam kejadian petang tadi suspek menetak mangsa dengan parang di dalam bilik di rumah panjang tersebut ketika mangsa dikatakan sedang menonton televisyen.

Kepala mangsa kemudian dibawa lari oleh suspek dengan motosikal sebelum dibakar bersama motosikal suspek.

Laporan kejadian dibuat di Balai Polis Saratok jam 3. 13 petang oleh penduduk rumah panjang berkenaan.

Suspek kini telah ditangkap dan kes kini sedang dalam siasatan polis. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru