Friday, October 7, 2022

Nelayan pesara Petronas sempat makan bersama-sama anak saudara sebelum hilang di laut Kuala Sibuti

Secara Rawak

MIRI: Nelayan yang dipercayai hilang sempat menjamah makan tengah hari bersama-sama anak saudaranya sebelum dilapor tidak pulang ke rumah selepas turun merawai di laut Kuala Sibuti.

Anak saudaranya, Azzi Nazirah melalui laman facebooknya melahirkan rasa sedih dan mengharap bapa saudaranya, Ebrahim Yaman dapat ditemui dalam keadaan selamat.

“Sehari sebelum dia turun ke laut, pak cik sempat makan tengah hari bersama-sama kami,” katanya.

Dalam kejadian semalam, Ebrahim dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada sebelah pagi.

Jelasnya lagi, Ebrahim, 59 tahun telah lima tahun menjadi nelayan selepas bersara dari Petronas.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kehilangan nelayan terbabit sekitar jam 5.45 petang semalam.

“Sejurus menerima panggilan, pihak kami segera mengatur gerak sebuah jentera FRT dengan kekuatan tujuh anggota dari Balai Miri menuju ke lokasi kejadian.

“ Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada jam 9 pagi tadi secara water surface searching di sekitar tepi pantai sejauh radius 2km.

“Sekitar jam 3 petang tadi, pasukan SAR berjaya mengesan seluar milik mangsa pada kedudukan 1km dari lokasi pencarian.

Katanya, seramai 12 anggota terlibat dalam operasi tersebut, yang turut melibatkan 12 anggota bomba, enam anggota polis dan enam Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia selain penduduk kampung. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru