Thursday, December 9, 2021

Guru muda dipercayai mangsa rentung di kuarters SK Batu Bungan

Secara Rawak

MIRI: Pasukan forensik kini sedang berusaha mengenal pasti mangsa yang renting dalam kejadian kebakaran membabitkans kuarters kediaman guru di Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Mulu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa mayat yang ditemui rentung adalah individu yang dilaporkan hilang iaitu Cikgu Catherine Janet anak Tiwi, guru dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang,

Menurut sumber, Catherine, 25 tahun merupakan lepasan Institut Pendidikan Guru di Miri dan berasal dari Bau.

Bapanya merupakan seorang pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Bau.

“Ketika ini kita masih menanti pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik sebelum mengesahkan identiti mangsa,” jelasnya lagi.

Dalam kejadian awal pagi itu, kebakaran disedari bermula di bahagian ruang tamu kuarters tersebut dan merebak dengan begitu cepat.

Ia disedari oleh seorang penghuni kuarters yang juga pembantu di SK Batu Bungan yang kemudian bertindak mengejutkan kesemua tujuh mangsa lain yang sedang tidur.

Operasi pemadaman dilakukan oleh pasukan bomba di lapangan terbang Mulu, yang tiba di lokasi pada jam 5.40 pagi selain penduduk kampong yang menggunakan alat pemadam mudah alih.

Dua mangsa yang mengalami luka melecur ialah guru Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang, yang dikenal pasti sebagai Syuhadah dan Siti Masrina.

Difahamkan ketika kejadian, satu kem motivasi UPSR sedang berlangsung di sekolah tersebut membabitkan peserta dari SK Batu Bungan, SK Long Panai dan SK Penghulu Baya Mallang. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru