Saturday, October 23, 2021

Erdogan samakan PM Israel dengan Hitler buat Netanyahu berang, marah

Mesti baca

Komentar Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menuduh Israel sebagai “negara paling fasis dan paling rasis” di dunia mengundang amarah Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Dalam ucapan kepada anggota partai AKP, Erdogan dengan mengkritik tajam undang-undang kontroversi diluluskan Israel minggu lalu meletakkan Israel sebagai negara Yahudi.

“Tiada perbezaan antara impian Hitler dengan bangsa Arya dengan pemahaman Israel bahawa tanah kuno itu hanya untuk warga Yahudi,” ujar Erdogan.

“Semangat Hitler yang menyebabkan berlakunya bencana besar dunia, bangkit kembali dalam sebahagian pemimpin Israel,” tambahnya.

Menyamakan Netanyahu dengan Hitler, menyebabkan Netanyahu mencuit berang di Twitter menuduh di bawah kekuasaan Erdogan, Turki menjalani sistem diktator yang kelam.

Foto : http://lessonlearnedinlife.net

Erdogan juga dituduh menyerang Syria dan Kurdi.

Netanyahu melihat perbandingan dibuat oleh Erdogan menyamakan Israel dengan rejim Nazi yang membunuh 6 juta Yahudi di Eropah pada peristiwa Holocaus sebagai sindiran mengerikan.

Hubungan kedua-dua negara Israel dan Turki menegang akhir-akhir ini.

Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel pada 2010 selepas 10 aktivis Palestin dari Turki terbunuh dalam pertembungan dengan komando Israel yang memasuki kapal milik Turki yang mahu menembusi sekatan laut di Gaza.

Hubungan Turki-Israel sempat pulih 2016, tetapi diplomat senior masing-masing dihantar pulang pada Mei 2018 selepas berlaku pertikaian berkaitan pembunuhan Israel terhadap warga Palestin di sempadan Gaza-Israel.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Israel menggunakan kekerasan berlebihan pada demonstrasi tersebut. –Sarawkvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru