KUALA LUMPUR: Rakaman ‘Bedah’, kucing usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri bersalin yang tular baru-baru ini mendapat reaksi berbeza daripada kalangan netizen, khususnya pencinta haiwan peliharaan berkenaan.

Salah satunya, Cat Gathering In The Gaeden (CGIG) malah tampil dengan surat terbuka yang ditujukan kepada usahawan produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu.

Dalam kenyataannya, CGIG bersedih dengan dengan berita kelahiran anak-anak Bedah yang gagal diselamatkan.

Bahkan dalam rakaman tersebut, Aliff Syukri telah mengangkat sangkar Bedah yang baharu selesai proses bersalin sebelum ia terlepas dari tangannya.

Ia diibaratkan seperti seorang perempuan disuruh berlari sebaik selesai proses bersalin.

Tindakan itu ternyata membuatkan CGIG terkesan malah menyifatkan langkah yang diambil Aliff Syukri sebagai kurang memahami dunia kucing secara ilmiah.

“Untuk pengetahuan Datuk Aliff Syukri, kucing juga bersifat seperti manusia.

“Mereka perlukan kasih sayang, perhatian dan ada masa juga memerlukan masa untuk menyendiri.

“Andai Datuk Alif dapat memahami sekelumit bahasa mereka, kami amat percaya yang Datuk Alif tidak akan berbuat sepertimana yang telah dilakukan pada Bedah ketika proses kelahiran anaknya,” katanya.

Dalam surat itu turut menyebut, kucing juga seperti manusia yang memerlukan privasi.

Malah rakaman video kucing bersalin itu disifatkan tidak wajar dilakukan selain dipertonton secara umum di media sosial.

Apatah lagi membuat bising, menggedik dan terpekik seperti di dalam video tersebut.

Aliff Syukri perlu lebih sensitif dan hormat akan hak privasi haiwan tesebut dan diharapkan beliau dapat menerima teguran dan nasihat tersebut dengan hati yang terbuka.

CGIG yang tampil dengan surat terbuka itu menyatakan niatnya ikhlas, bukan untuk mencari kesalahan selain melemparkan komen negatif susulan tindakan tersebut.

Ia hanya sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab terhadap haiwan yang telah menjadi sebahagian daripada hidup dan keluarga CGIG. –Sarawakvoice

Surat terbuka untuk Dato Aliff Syukri Terlajak Laris:Assalamualaikum wbt. Permulaan kepada pengenalan kami adalah mewakili segelintir kelompok pencinta Kucing. Tahniah di atas kelahiran baru anak Dato dan moga Dato sekeluarga kekal dalam rahmat Ilahi.Baru – baru ini, sekali lagi negara tergempar dengan video viral DAS mengenai Bedah yang telah melahirkan anak-anak kucing namun tidak berjaya di selamatkan. Kami merasa terkesan berikutan video viral tersebut kerana kami merasakan DAS TIDAK memahami dunia kucing secara ilmiahnya. Untuk makluman Dato, sebagai saudara se-Muslim, Nabi Muhamad SAW juga peminat kucing yang diberi nama Muezza. Baginda menyayangi kucing seperti ahli keluarga nya sendiri. Terlalu banyak keistimewaan kucing dari pelbagai sudut, seperti rohani dan fizikal. Untuk pengetahuan DAS, kucing juga bersifat seperti manusia sedikit sebanyak. Mereka perlukan kasih sayang, perhatian dan ada masa perlukan masa untuk menyendiri. Mereka faham erti sakit cuma sukar untuk diluahkan. Andai DAS dapat memahami sekelumit bahasa mereka, kami amat percaya yang DAS tidak akan berbuat sepertimana yang telah dilakukan pada Bedah ketika proses kelahiran anaknya. Seperti manusia juga, kucing juga memerlukan 'privacy'. Kucing melahirkan anak bukan lah sesuatu yang harus dirakam, apatah lagi membuat bising, menggedik apatah lagi terpekik seperti di dalam video tersebut. DAS PERLU HORMAT akan ‘privacy' KUCING tersebut. Di manakah akal serta ‘common sense’ DAS ketika mengangkat sangkar Bedah dan terlepas itu? Ianya x ubah seperti 'manusia baru bersalin dah suruh berlari'. Doesn't make sense right? Wang ringgit boleh dicarik..tetapi bukan kasih sayang .MOHON JASA baik DAS untuk lebih sensitif dan memahami / mahu belajar CARA MENJAGA KUCING DENGAN BETUL, berinteraksi dengan kucing malah pupuk sifat ingin Belajar dari yang mahir. Kami amat terkilan jika ego terus menguasai jiwa orang yang dianggap Idola Malaysia.Kami amat mengagumi kejayaan DAS dalam menguruskan perniagaan dan juga tersenarai sebagai Usahawan muda yang berjaya. Kami tidak berniat ingin menjadi netizen yang tidak berhemah / memberi komen – komen negatif, hanya pada asal nya yang menganggap kucing adalah sebahagian dari keluarga kami. Besar harapan kami supaya DAS dapat menerima nasihat ini dengan hati terbuka. Ikhlas:Keluarga kecil pencinta anak-anak bulus:CAT GATHERING IN the GARDEN (CGIG)Admin DK#aliffsyukriterlajaklarisPls Share .

Posted by Dunia Kucing on Monday, July 23, 2018