Saturday, August 20, 2022

Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini dibenar guna nama Bersatu

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sudah mengizinkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggunakan nama singkatan atau akronimnya iaitu Bersatu.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya berkata, PPBM kini akan menggunakan Bersatu sebagai nama parti.

Mahathir berkata, pihak berkuasa sebelum ini tidak membolehkan mereka menggunakan nama singkatan berkenaan.

RoS sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berlangsung, pernah mengarah agar Bersatu dibubarkan ekoran didakwa gagal mengemukakan minit mesyuarat parti.

Lantaran Bersatu dilarang menggunakan nama dan simbolnya. –Sarawakvoice

Foto: Suara Pakatan Daily

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru