Monday, August 15, 2022

Suhu panas tahap 1 “hangatkan” beberapa kawasan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Gelombang panas terus “menghangat” Sarawak hingga menyebabkan orang ramai tidak selesa berada di luar rumah.

Menurut Meteorologi Malaysia, bacaan indeks beberapa bahagian di Sarawak kini dikategori pada panas tahap 1.

“Beberapa kawasan yang mengalami panas tiga hari berturut-turut ialah Mukah, Sibu, Kapit, Pakan, Sri Aman, Bau dan Limbang.

Sehingga jam 2 petang tadi, Mukah merekodkan suhu 54 darjah Celsius, diikuti Sibu (53) termasuk Miri dan Bintulu.

Kuching pula mencatatkan bacaan 36 darjah Celsius.

Sementara itu jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak keluar dari rumah atau berada pada kedudukan terdedah di bawah cahaya langsung matahari ekoran cuaca terlampau panas bagi mengelak strok haba.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan topi atau payung, berada di dalam bangunan dan mandi, serta berkipas. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru