Tuesday, September 27, 2022

SPR kaji cadangan turunkan had umur pengundi dan pendaftaran automatis pemilih

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Viu Keong memberitahu Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti cadangan termasuk menjalankan kajian lanjut pelaksanaan pendaftaran automatis pemilih.

Turut dikaji ialah cadangan menurunkan had umur kelayakan mengundi.

Liew berkata kerajaan terbuka menerima cadangan pelbagai pihak dan ia perlu diteliti kerana akan melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada.

Menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) berkaitan isu tersebut, Liew berkata pindaan juga melibatkan prosedur kerja serta keperluan sistem dan peralatan bagi melaksanakan sistem pendaftaran automatik berkenaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru