Friday, August 12, 2022

Israel lulus RUU negara bangsa Yahudi, dikritik sebagai aparteid diskriminasikan lagi Arab

Secara Rawak

TEL AVIV: Undang-undang “negara bangsa Yahudi” diluluskan Rabu lepas dengan jelas menyatakan “Israel ialah tanah air bangsa Yahudi yang bersejarah dan mereka mempunyai hak eksklusif menentukan nasib sendiri di dalamnya”.

Pengisytiharan ini membuat penduduk Israel komuniti Arab mengecam kelulusan undang-undang baru tersebut.

Undang-undang berkenaan dengan jelas menarik bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan menegaskan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Penduduk Arab keturunan Palestin 20 peratus daripada semua 9 juta penduduk Israel
menentang pengesahan undang-undnag tersebut yang dilihat sebagai dasar aparteid seperti dikatakan Aida Touma-Sliman menganggap ia permulaan apartheid di Israel.

Anggota Parlimen Israel dari minoriti Arab sejak awal menentang rancangan undang-undang berkenaan khususnya dari kalangan Israel-Arab.

Foto: fairobserver.com

Ahmaed Tibi Ahli Parlimen minoriti Arab berkata undang-undang kebangsaan ini merupakan kejahatan berlatar belakang kebencian terhadap warga Arab.

Sebahagian ahli parlimen dari kubu pembangkang menyifatkan undang-undang berkenaan diskriminasi dan memecah-belah.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyifatkan pengesahan undang-udang tersebut sebagai “ketentuan” dalam sejarah Israel.

“Israel ialah bangsa negara orang Yahudi, dan menghormati hak semua warga negaranya,” ujar Netanyahu.

Undang-undang disokong 62 anggota parlimen dan ditolak 55 anggota itu akan meminggirkan lagi minoriti Arab yang sudah lama tertindas di Israel. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru