Sunday, September 25, 2022

Menteri Pendidikan dicabar berdebat berkaitan UEC

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama-sama gabungan 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah bersiap sedia untuk menggerakkan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang tegar dan tidak mahu menarik balik kenyataan beliau mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang beliau telah buat pada 12 Julai lalu di PICC Putrajaya.

Menurut Ketua Eksekutif MAPPIM yang juga Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Mohd Zai Mustafa, himpunan itu akan disertai semua lapisan tokoh pendidikan, bahasa, ahli akademik, NGO-NGO, tokoh sejarah, ahli masyarakat dan ahli-ahli politik.

“Himpunan bantahan ini merupakan simbol sejarah kepada rakyat dan negara bahawa UEC tidak sekali-kali dibenarkan untuk diiktiraf di dalam sistem kerangka Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyeru semua pimpinan dan rakyat yang cintakan Bahasa Kebangsaan dan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan yang bersejarah ini.

Katanya, MAPPIM dan UMMAH menyangkal dakwaan Menteri Pendidikan yang menyatakan bahawa golongan yang menentang UEC adalah ‘prejudis’, ini suatu kenyataan seorang Menteri yang menghina pejuang bahasa, pendidikan dan sejarawan.

Maka, tegasnya, MAPPIM dan UMMAH mencabar dan bersedia menyediakan tempat kepada Menteri Pendidikan untuk berdebat pada bila-bila masa dengan tokoh-tokoh bahasa, pendidikan, sejarah, undang-undang dan NGO-NGO bagi melihat secara objektif dan berfakta bagaimana UEC akan memberi kesan dan malapetaka kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Mohd Zai lagi, sikap tegar Menteri Pendidikan untuk mengiktiraf UEC sehingga masih lagi tidak membayangkan untuk menarik semula kenyataan beliau sehingga tempoh yang diberikan akan meningkatkan lagi semangat rakyat untuk berhimpun pada 28hb nanti. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru