Tuesday, May 11, 2021

Kempen Lawat Sarawak sasar peningkatan 18 peratus pelancong – Abdul Karim

Mesti baca

KUCHING: Kempen Lawat Sarawak yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, matlamat kempen tersebut adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan.

“Selain itu, kempen ini juga merupakan latihan penjenamaan bagi meningkatkan imej Sarawak sebagai destinasi menarik untuk percutian, perniagaan dan pelaburan.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) katanya, telah diamanahkan untuk menjayakan kempen tersebut dan akan mengetengahkan penawaran pakej baharu yang akan menarik minat pelancong.

“Kita menyasarkan peningkatan kedatangan pelancong asing daripada 15 hingga 18 peratus, sekali gus meningkatkan purata tempoh penginapan daripada lima kepada tujuh hari, selain tambahan pendapatan hasil pelancongan,”ujarnya dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini, semalam.

Sementara itu, sejak Disember 2017, STB telah bekerja rapat dengan Air Asia dalam mewujudkan penerbangan langsung dari Shenzhen ke Kuching dan dari Singapura ke Kuching manakala menerusi Wings Air, memperkenalkan penerbangan terus dari Pontianak ke Kuching dan Miri.

Kempen Pemasaran Bersepadu ini dilancarkan untuk menarik kedatangan pelancong asing melalui penerbangan dengan mudah dan murah.

STB katanya lagi, akan bekerjasama dengan rakan strategik di semua pasaran termasuk syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, portal dalam talian dan rakan kongsi yang berminat.

“Sepanjang tempoh pertama tahun 2018, usaha kerjasama antara Malaysia Barat kini tertumpu kepada pasaran Singapura, China, Jerman dan Australia,”jelasnya. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru