Sunday, September 25, 2022

Menteri Pendidikan pandang serius sekolah Sarawak bergelap

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan  memandang serius masalah beberapa sekolah di Sarawak  terpaksa bergelap kerana ketiadaan bekalan diesel, dan sedang berusaha menyiasatnya bagi menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, keutamaan kepada kebajikan guru dan murid-murid, malah menyatakan beliau juga sudah membangkitkan hal itu dalam mesyuarat pasca Kabinet Rabu lalu.

“Saya memohon semua bersabar dan berdoa untuk keselamatan guru dan murid-murid kita yang terlibat,” katanya dipetik menerusi akaun Twitter, semalam.

“Saya akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut sebuah portal, antara sekolah yang terbabit adalah di kawasan Kapit, Song dan Belaga yang dijangka menghadapi bekalan elektrik mulai hari ini.

Subkontraktor projek berkenaan dipetik sebagai berkata, mereka perlu menghentikan bekalan diesel ke sekolah terbabit kerana  tidak menerima bayaran daripada kontraktor utama projek sejak Mac lalu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru