Saturday, December 3, 2022

Gaza Under Attack: Dua lagi remaja maut, tambah lebih 2,000 kematian di tangan Israel

Secara Rawak

GAZA: “Loay dan Amir suka memakai (baju) warna merah. Israel mengubah persahabatan, kehidupan, masa depan dan mimpi mereka menjadi darah, kematian dan kehancuran,” catat The Palestinian Information Center (PIC) dalam kemas kini terbaru Facebook pada 1 pagi Ahad.

“Loay dan Amir membesar bersama, bermain bersama, berseronok bersama, dan pendudukan Israel menyembelih mereka bersama.”

Loay Kuhail, 16, dan Amir al-Nemreh, 15 terbunuh, manakala 12 yang lain cedera selepas pesawat perang Israel menyerang bangunan kosong di barat bandar Gaza pada petang Sabtu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra mengenal pasti semua mangsa berkenaan.

Pesawat tempur Israel melancarkan sekurang-kurangnya lapan peluru berpandu menyasarkan bangunan kosong ke barat bandar Gaza, menyebabkan kerosakan meluas.

Laporan PIC menyebut, pada awal Sabtu, tiga rakyat Palestin cedera ketika pesawat perang Israel menyerang pelbagai lokasi dan tanah pertanian di Semenanjung Gaza.

Serangan pada Sabtu itu merupakan yang terbesar sejak 2014 apabila tentera Israel melancarkan di Gaza, membunuh lebih 2,000 penduduk Palestin dan mencederakan ribuan yang lain setakat ini.

Portal Haaretz pada Sabtu melaporkan, tentera Israel menyerang lebih 40 sasaran Hamas sepanjang 24 jam.

Sementara, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berbincang dengan Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman, Ketua Staf IDF Gadi Eisenkot dan pegawai keselamatan memutuskan mengambil tindakan tegas terhadap warga Palestin di Gaza. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru