PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebentar tadi memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius dan menyelesaikan isu beberapa sekolah di Sarawak yang bergelap kerana ketiadaan diesel.

“Saya dimaklumkan beberapa sekolah di Sarawak mulai bergelap kerana ketiadaan bekalan diesel.

“Perkara ini telah saya bangkitkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lepas.

Katanya kebajikan guru dan murid adalah keutamaan pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kami memandang serius perkara ini dan sedang berusaha menyiasat dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

“Sehingga itu, saya mohon semua bersabar dan berdoa untuk keselamatan guru dan murid kita yang terlibat.

Katanya, beliau akan maklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. –Sarawakvoice