Tuesday, September 27, 2022

Asri cadang “Who is the real terrorist?” tajuk debat Zakir Naik lwn Ramasamy, siapa kalah balik India

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Facebook beliau mencadangkan debat diadakan di antara pendakwah Dr Zakir Naik dengan tokoh DAP Dr Ramasamy.

Zakir Naik merupakan pendakwah dan individu yang didakwa dikehendaki kerajaan India.

Sementara, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang individu yang didakwa dikaitkan dengan pertubuhan “keras” Tamil antarabangsa.

Ramasamy antara individu yang dilihat bersungguh mahu agar Zakir Naik dihantar pulang ke India selain beberapa pemimpin India yang lain termasuk dari MIC
menggesa agar Zakir dihantar ke India.

Beberapa kritikan dan ulasan menyebut, usaha ini dilihat mempunyai agenda terancang menghalau Zakir Naik dari negara ini.

Foto: Bernama

Padahal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memutuskan Zakir Naik berstatus penduduk tetap Malaysia dan tiada keperluan menghantar beliau ke India kerana beliau tidak melakukan sebarang jenayah di negara ini.

Asri mencadangkan “Who is the real terrorist?” sebagai tajuk debat kedua-dua tokoh berkenaan yang dibuat secara terbuka dan disaksikan semua lapisan rakyat.

Asri berkata platform itu wajar, sesuai dengan semangat Malaysia Baharu yang dikatakan terbuka dan telus.

Asri menegaskan jika benar DAP mementingkan kebebasan bersuara, nilai intelektual dan hak rakyat menilai kebenaran, mereka wajar menyahut cadangan ini.

Kata Asri, “jika enggan, maka nyata isu ini hanya sikap permusuhan antara mereka dan umat Islam semata.”

Bernada sinikal Asri berkata, berdasarkan desakan mereka maka beliau cadangkan sesiapa yang tewas dalam debat tersebut, mungkin boleh dihantar pulang ke India seperti yang menjadi hasrat mereka.

“Salah seorang akan pulang ke sana,” ujar Asri. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru