Cadang hanya sejam di dalam gua, tapi jadi 17 hari kerana terperangkap air

0
31
Senyum seorang remaja saat tim penyelamat menemukan mereka dan pelatihnya di dalam Gua Tham Luang Nang Non, Thailand Utara, Senin (2/7).Sumber foto: Facebook Thai Navy Seal

BANGKOK: Banpot Korncam, ayah kepada jurulatih Eccapol ‘Ake’ Chantawong atau dikenali sebagai Jurulatih Ek yang membimbing 12 remaja bagi pemain pasukan bola sepak Wild Boars berkata, asalnya mereka merancang berada di dalam gua untuk selama sejam sahaja.

“Ketika mereka berada di dalam gua, hujan turun, air mengalir dan semua melarikan diri,” kata Banpot memetik laporan Reuters.

Akhirnya merancang hanya berada sejam di dalam gua berlarutan sehingga menjadi 17 hari 12 remaja ini bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang, di utara Tahiland yang menarik perhatian seluruh dunia.

Gerakan mencari mangsa digerakkan dengan lebih 1,000 anggota pencari dan penyelamat termasuk melibatkan pakar penyelam dari beberapa negara antarabangsa.

Mangsa hanya dijumpai pada hari kesembilan oleh dua penyelam British, berada sekitar empat kilometer di tapak tinggi berlumpur dalam gua yang berada pada kedalaman sekilometer dari permukaan bumi.

Mereka ditemui ceria dan selamat walaupun tiada bekalan makanan dan hanya minum dari tetesan stalaktait gua.

Untuk mengekalkan stamina, jurulatih Ek mengajar mereka agar mengurangkan pergerakan dalam tempoh lebih seminggu itu.

Selepas diselamatkan dalam tiga fasa, 13 mangsa kini dirawat di Hospital Chiangrai Prachanukroh, Thailand. –Sarawakvoice