Sunday, December 4, 2022

100 hampir jadi mangsa baru Gua Tham Luang sejam selepas operasi menyelamat tamat

Secara Rawak

BANGKOK: Tidak ramai tahu bahawa sejam selepas misi terakhir membawa keluar lima daripada 13 mangsa dari Gua Tham Luang selesai pada Selasa, gua tersebut sebenarnya hampir mencetus tragedi terbaru!

Penyelam mendedahkan, pam air yang digunakan untuk membantu operasi, pecah tiba-tiba sejurus sejam selepas mangsa terakhir dikeluarkan dari gua.

Bagaimanapun, ketika kejadian berlaku, beberapa penyelam dan penyelamat lain masih berada sejauh 1.5 kilometer di dalam gua untuk membersihkan peralatan.

Memetik laporan The Guardian, tiga penyelam Australia dalam operasi tersebut memberitahu, pam utama tiba-tiba pecah menyebabkan air di dalam gua meningkat mendadak.

Salah seorang penyelam memberitahu, jeritan mula kedengaran apabila pam utama pecah dan sekitar 100 pekerja termasuk tiga anggota Navy Seals Thailand serta pasukan perubatan berlari keluar kerana air mula naik di dalam gua.

Mereka merupakan tenaga yang bertungkus-lumus bekerja di sebalik tabir selama ini menyelamat 13 mangsa terperangkap.

Bagaimanapun, kesemua mereka selamat selepas itu. –Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru