Saturday, September 24, 2022

Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas yang dapat dikesan pada peringkat awal.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari semalam memaklumkan Muhyiddin akan mengambil cuti bermula hari semalam untuk menjalani rawatan perubatan susulan dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

“Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau dalam keadaan stabil,” demikian menurut kenyataan itu.

Pejabat Menteri Dalam Negeri itu juga memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalankan tugas-tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan beliau.– BERNAMA

Foto: apanama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru