MIRI: Ordinan Minyak dan Gas (OMG) 1958 akan dibentangkan untuk dipinda dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa, menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semalam.

Di bawah ordinan itu, katanya, semua syarikat minyak yang beroperasi di negeri ini perlu akur kepada ordinan berkenaan.

Ini, ujarnya bagi memastikan suarikat minyak di Sarawak tidak menafikan hak Sarawak.
Tegasnya, di bawah ordinan itu Sarawak mempunyai kuasa kawal selia minyak dan gad, malah ia mampu mengurus sendiri industri hiliran minyak dan gas.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini, semalam.–Sarawakvoice

Gambar fail