NIAH: Kerajaan Sarawak tidak lagi dapat menunggu kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air terutama di luar bandar di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari berkata, kerajaan negeri bertekad untuk membina infrastruktur bekalan air dengan merentangkan paip air baharu bagi memastikan bekalan air kepada penduduk di kawasan terbabit dapat dibekalkan dengan lebih baik dengan menggunakan dana kerajaan negeri.

Katanya, paip air baharu akan dapat meningkatkan tekanan air di kawasan luar bandar.

Dalam satu majlis di sini semalam, Abang Johari meluluskan peruntukan RM47 juta daripada dana kerajaan negeri bagi projek terbabit di kawasan Sibuti.

Beliau berharap masalah air di kawasan terbabit dapat diselesaikan dalam tempoh sekitar setahun atau dua tahun apabila projek menaik taraf sistem perpaipan air dan Loji Rawatan Air siap bagi kawasan Lambir hingga ke Niah.

Peruntukan tersebut, jelas Ketua Menteri akan disalurkan kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB). –Sarawakvoice

Gambar fail