Thursday, September 29, 2022

Bila kerajaan PH hendak tubuhkan JK Khas Kabinet semak MA63?

Secara Rawak

KUCHING: Menghampiri dua bulan kerajaan Pakatan Harapan telah ditubuhkan, namun janji untuk ‘menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan perjanjian Malaysia 1963’ (MA63) masih belum ada bayangan atau kedengaran.

Menjelang pilihan raya umum lalu, di bawah teras keempat, Pakatan Harapan berjanji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan MA63.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Menyemak dan melaksanakan secara adil Perjanjian Malaysia 1963 dalam tempoh seratus hari pertama pentadbiran kami,” menurut janji 40 dalam manifesto berkenaan.

Jelasnya lagi, Jawatankuasa Khas Kabinet itu akan dianggotai oleh wakil-wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal berkaitan.

“Jawatankuasa ini akan diarahkan memberi laporan terperinci kepada kerajaan dalam masa enam bulan daripaada tarikh penubuhan untuk pelaksanaan segera,” jelasnya lagi.

Antara tugas utama Jawatankuasa Khas itu adalah untuk mengkaji dan mencadangkan langkah pembetulan dalam hal berkaitan status MA63 dalam perundangan sekarang, hak Sarawak dan Sabah terhadap hasil semula jadi negara, serta hasil minyak dan gas.

Juga, mengkaji jumlah peruntukan yang seharusnya menjadi hak Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Selangau yang juga Pengerusi PKR Negeri Baru Bian telah dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.

Manakala Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. –Sarawakvoice

Foto : Borneo Today

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru