Monday, August 15, 2022

Lelaki maut dihempap pokok rumbia di Dalat

Secara Rawak

MUKAH: Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok rumbia di Kampung Tanam di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.10 pagi dan sepasukan anggota dan sebuah jentera diatur gerak ke lokasi dari Balai Mukah.

“Kejadian berlaku ketika mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Ah Kuang sedang memotong pohon rumbia terbabit yang terletak di hadapan rumahnya.

“Bagaimanapun beliau salah perkiraan hingga gagal menyelamatkan diri apabila pokok tersebut tumbang.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika orang awam mengeluarkannya dari pokok terbabit.

“Namun mereka (orang awam) mengambil inisiatif untuk mengejarnya ke Hospital Mukah.

“Anggota kita yang tiba di lokasi kejadian selepas itu kemudian bertindak membuat aktiviti pembersihan di kawasan kejadian.

Ia merupakan kejadian maut dihempap pokok yang kedua di negeri ini dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru