KUALA LUMPUR: Majlis Serah Tugas Menteri Kerja Raya berlangsung dalam suasana muhibbah sebentar tadi.

Upacara menyaksikan Menteri Kerja Raya yang baharu, Baru Bian menandatangi serah terima tugas dan tanggungjawab daripada Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sebaik selesai urusan, Fadillah kelihatan memeluk Baru dengan mesra.

Dalam muat naik status facebooknya kemudian, Fadillah berharap Kementerian Kerja Raya
dan agensi terus maju jaya di bawah kepimpinan baharu.

Baru dilantik ke jawatan tersebut semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak merupakan Ahli Parlimen Selangau, selain Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’kelalan.

Ini merupakan penggal kedua berturut-turut, Ahli Parlimen Sarawak dilantik ke jawatan tersebut. –Sarawakvoice