Monday, August 8, 2022

Aduhai lembu jatuh longkang di Tanjong Manis, APM, Bomba berpeluh setengah jam untuk bebaskannya

Secara Rawak

TANJUNG MANIS: “Ingatkan orang, rupanya lembu,” kata seorang petugas keindahan di sini apabila mendengar bunyi bising dari longkang di tepi sebuah dewan.

Lembu tersebut terperangkap setelah terjatuh di dalam longkang berhampiran Dewan Masyarakat Tanjung Manis di sini, petang tadi.

Kejadian itu disedari petugas terbabit sekitar jam 4.20 petang sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.

Penyelaras Unit APM Tanjung Manis, Norafifi Abd Karim berkata, pada mulanya kakitangan itu mendengar bunyi dengusan seakan manusia.

Namun setelah memeriksa kawasan sekitar, dia terkejut melihat seekor tersekat di dalam parit.

APM turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis berusaha mengeluarkan haiwan berkenaan namun gagal berikutan saiznya yang besar.

“Kami cuba tarik menggunakan tali namun usaha itu tidak berjaya.

“Kami kemudian memohon bantuan pekerja kontrak di kawasan berdekatan dan menggunakan jentera korek bagi menarik keluar lembu berkenaan,” katanya.

Ternyata usaha itu berhasil dan haiwan tersebut berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru