Monday, August 8, 2022

Zahid Hamidi ke SPRM seorang diri sebentar tadi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pafa jam 9.52 pagi tadi untuk memberi membantu siasatan.

Sejurus tiba, Ahmad Zahid yang berseorangan mengambil masa sekitar dua minit untuk bermesra dan memberi peluang kepada jurugambar dan jurukamera yang menunggu sejak sejam lalu untuk merakamkan aksinya.

Ahmad Zahid kemudian diiringi ke dalam pejabat SPRM untuk dirakamkan percakapan.

Semalam, SPRM mengesahkan telah menghubungi bekas Timbalan Perdana Menteri, itu untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM pada hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika mengesahkan maklumat itu berkata, beliau dikehendaki hadir untuk membantu siasatan SPRM melibatkan dua kes berasingan.

Beliau telah dihubungi oleh SPRM pada 27 Jun lalu meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi dan dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru