Monday, August 15, 2022

Presiden baharu UMNO diminta hadir ke Pejabat SPRM esok

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah menghubungi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk beliau menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM pada hari Isnin, 2 Julai 2018.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, beliau dikehendaki hadir untuk membantu siasatan SPRM melibatkan dua kes berasingan.

Ahmad Zahid telah dihubungi oleh SPRM pada 27 Jun lalu meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru