Monday, August 15, 2022

Lelaki kecewa sempat umum dalam grup whatsapp sebelum teguk racun di Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Seorang lelaki sempat memaklumkan hajatnya untuk membunuh diri dalam kumpulan whatsapp, sebelum meneguk racun dan ditemui kemudiannya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Robert Merayang Ngindang, dari
Batu 44, Jalan Mukah- Selangau menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 2 petang tadi.

“Siasatan awal kita kemudian mendapati mangsa telah berselisih faham dengan emaknya ketika di rumah pada 30 Jun kerana sering balik lewat dan enggan bekerja.

“Mangsa kemudian telah menghantar pesanan whatsapp kepada grup rakan-rakannya berhubung niatnya hendak membunuh diri.

Mangsa kata Jimmy, turut menghantar gambar dirinya dan gambar satu gelas plastik berwarna hijau yang mengandungi cecair dipercayai racun.

“Rakan mangsa yang membaca status tersebut kemudian terus menghubungi isteri mangsa dan memaklumkan perkara tersebut.

“Sekitar jam 7 pagi tadi, anak kepada mangsa telah menemuinya dalam keadaan lemah setelah meminum racun.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Mukah untuk rawatan.

Kata Jimmy lagi, ketika kejadian mangsa tinggal bersama-sama isteri dan anaknya manakala emaknya di rumah yang berlainan.

“Kes sedang disiasat dan sehingga sekarang ia diklasifikasi sebagai mati mengejut.

” Pasukan siasatan juga telah melakukan pemeriksaan di tempat kejadian dan menemui gelas plastik kosong berwarna hijau.

“Kita juga dapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Mayat mangsa tambahnya lagi, telah dihantar ke Hospital Mukah untuk prosedur bedah siasat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru