Saturday, September 24, 2022

Wanita maut dalam nahas pelik empat kenderaan di Asajaya

Secara Rawak

ASAJAYA: Seorang wanita maut dalam nahas jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 32 Jalan Samarahan-Sadong Jaya di sini pada Ahad.

Mangsa, Wilma Roland, 33 tahun disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sadong Jaya.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa merupakan penumpang kenderaan Perodua Kembara, salah sebuah kenderaan yang terlibat.

“Insiden malang itu dipercayai berlaku sekitar jam 5.55 petang apabila kenderaan yang dinaiki mangsa bersama-sama seorang lelaki bertembung dengan sebuah Toyota Rush di laluan bertentangan.

Dalam kejadian itu, Perodua Kembara dikatakan dalam perjalanan dari arah Kota Samarahan ke Sadong Jaya.

Sebelum itu, sebuah Perodua Bezza yang berada di laluan sama dipercayai gagal dikawal lalu merempuh belakang Perodua Kembara tersebut yang tersadai di tengah jalan.

Dalam insiden yang dipercayai berkaitan, sebuah Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki dari arah Kota Samarahan ke Sadong Jaya terlebih dahulu terbabas di bahu jalan.

Menurut Alexson, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Difahamkan pemandu dan penumpang kenderaan lain hanya mengalami cedera ringan.

Setakat ini kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru