Friday, October 7, 2022

Tindakan Guan Eng guna bahasa rasmi dalam kenyataan akhbar keterlaluan, kata Teras

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mengaitkan penggunaan bahasa Mandarin dengan Malaysia Baharu menunjukkan Lim Guan Eng sudah melampaui semangat yang diinginkan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, Teras berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur sikap Menteri Kewangan itu supaya akur kepada kemahuan majoriti rakyat negara ini.

Katanya, walaupun penggunaan bahasa lain tidak dilarang, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi kerajaan dan perlu digunakan dalam semua urusan.

Menurut perlembagaan negara, bahasa bahasa Melayu perlu digunakan dalam urusan rasmi.

“Guan Eng nampaknya keterlaluan dalam mentafsir semangat Malaysia Baharu dan kami terkejut dengan sikap beliau,” katanya dalam kenyataan mengulas tindakan Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan, selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Tindakan Guan Eng itu telah dibidas pelbagai pihak. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru