Friday, October 7, 2022

GPS tidak berhalangan PBPM buka cawangan di Sarawak — Abang Johari

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak berhalangan jika Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Dalam respons ringkas mengenai perkara itu malam tadi, Abang Johari mengakui pihaknya bersikap terbuka memandangkan banyak parti lain dalam komponen Pakatan Harapan telah mempunyai cawangan di Sarawak.

“Kalau Tun (Mahathir Mohamad) nak menyebarkannya (ke Sarawak), itu keputusan parti diala.

“Kita pun ada parti yang lain yang ada sayap di Sarawak ini.

“Tetapi dari sudut Sarawak, memanglah kita akan ‘bekerjasama’ dalam konteks parti-parti Sarawaklah,” katanya ketika ditemui sewaktu ziarah Aidilfitri ke kediaman Adun Tanjong Datu, Puan Sri Jamilah Anu.

Abang Johari menegaskan, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam pertemuan khas Aidilfitri bersama Tun M dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal di Sri Perdana semalam.

“Kami hanya berbincang tentang ‘makan’,” katanya sambil diakui oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Dalam sidang medianya petang semalam, Tun M membayangkan akan mewujudkan cawangan parti PBPM di Sarawak, tetapi tidak di Sabah, kerana Parti Warisan Sabah adalah sahabat.

Sebelum ini, ketika dalam Barisan Nasional, bermula era Tun Abdul Taib Mahmud, diikuti Tan Sri Adenan Satem dan Abang Johari sendiri, mereka tidak membuka ruang kepada UMNO untuk membuka cawangan di Bumi Kenyalang. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru