Monday, August 15, 2022

Lelaki ghaib setelah bersih sistem paip air graviti di Selangau

Secara Rawak

SIBU: Satu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan hari ini untuk mengesan seorang lelaki yang ghaib lebih 12 jam ketika membersih paip air graviti di hutan berhampiran Rumah Upong ak Medan, Sungai Pelugau di Selangau, dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 9.15 malam dan enam anggota diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

“Kita telah menerima panggilan daripada pihak polis selepas keluarga mangsa membuat aduan kehilangan.

Menurutnya, berdasarkan maklumat keluarga,mangsa keluar dari rumah sekitar jam 10.00 pagi semalam dengan berjalan kaki menuju ke kawasan paip air graviti di Sungai Gat.

“Dia ke sana untuk membuat kerja-kerja pembersihan.

“Namun sehingga petang semalam, mangsa gagal balik ke rumah.

Risau akan keselamatannya katanya, ahli keluarga dan juga penduduk kampung keluar mencari mangsa namun gagal menemui sebarang petunjuk.

Operasi SAR untuk hari kedua bersambung sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Raymond Upong, 35 tahun. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru