Monday, December 5, 2022

Warga emas 70 tahun dicekup di Matang selepas perkosa gadis 11 tahun

Secara Rawak

KUCHING: Polis menahan seorang warga emas bagi membantu siasatan kes rogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah rumah di Kota Samarahan hari ini.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, suspek yang merupakan saudara mangsa ditangkap sekitar jam 11 pagi tadi di Matang.

“Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis sekitar jam 2.30 pagi ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik.

“Mangsa terbangun daripada tidur apabila seorang lelaki berusia 70 tahun masuk ke dalam bilik lalu memperkosanya,” katanya.

Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada kedua-dua ibu bapanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan.

Kanak-kanak tersebut kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Ketika melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek telah tinggal beberapa hari di rumah keluarga mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. –Sarawakvoice

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru