Saturday, December 3, 2022

Mahathir serah 15 lagi nama menteri kabinet kepada Agong

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sumber kerajaan seperti dilaporkan portal di internet berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyerah 15 lagi nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Rabu lalu.

Sumber berkata, keseluruhan terdapat 28 menteri, masing-masing dua dari Sarawak dan Sabah.

Sebelum ini, seramai 13 menteri kabinet Pakatan Harapan bawah teraju Mahathir mengangkat sumpah 21 Mei lalu.

Manakala, Timbalan menteri juga dilantik bersama-sama senarai nama senator yang dilantik tanpa menyatakan jumlah mereka secara khusus.

Antara nama yang disebut dalam senarai lantikan tambahan tersebut ialah Datuk Saifuddin Abdullah (PKR) yang dikatakan memegang kementerian luar sementara Ong Kiang Ming (DAP) memegang jawatan menteri perdagangan antarabangsa.

Nama lain yang disebut ialah Khalid Samad (Amanah) serta Teresa Kok (DAP). –Sarawakvoice

Foto : Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru