Thursday, December 8, 2022

Mahathir sedia tuntut RM18 bilion wang 1MDB milik M’sia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia sedia mendapatkan dana AS$4.5 bilion (RM18 bilion) yang berpotensi hilang melalui 1MDB.

Ini termasuklah yuran yang dibayar kepada syarikat Kumpulan Goldman Sach Inch.

Bercakap kepada Bloomberg Television, Mahathir, 92, berkata, Malaysia perlu buktikan hak milik wang tersebut.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini mengelak tuduhan salah laku skandal 1MDB sehingga membuat keputusan menafikan wang tersebut bukan milik negara.

“Jadi mereka tidak buat apa-apa tuntutan. Tetapi kami itu wang kami. Wang itu dari 1MDB,” yujar Mahathir dalam wawancara tersebut.

Skandal 1MDB dilaporkan media sebelum ini sebagai pelaburan bermasalah yang mencetuskan siasatan di seluruh dunia.

Mahathir dalam temu bual itu berkata komisyen dibayar kepada Goldman Sachs bernilai AS$593 juta selepas mengatur tiga jualan bon untuk 1MDB.

Menurut Mahathir, kerajaan sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Goldman Sachs “jika ada kes” dan menyerahkan hal itu kepada pertimbangan Peguam Negara Tommy Thomas. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru