Friday, October 7, 2022

Saya tidak akan biarkan Sarawak terpinggir — Zuraida

Secara Rawak

PADAWAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin menyifatkan Sarawak sebagai rumah kedua beliau dan sama sekali tidak akan meminggirkan isu pembangunan negeri ini, terutama selepas dilantik sebagai menteri kabinet.

Justeru katanya, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada Kerajaan Negeri berhubung isu penempatan dan perumahan di Sarawak.

“Saya tidak akan menutup kerjasama dengan negeri ini, biarpun sebelum ini saya pernah disekat masuk,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat khas di Majlis Perbandaran Padawan di sini hari ini.

Zuraida menambah, kerjasama akan diteruskan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak walaupun negara sedang bergelut masalah kewangan.

“Kita berusaha meneruskan pembangunan untuk rakyat.

“Sarawak juga tidak akan terpinggir,” katanya.

Turut mengiringi beliau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian dan menteri mudanya, Datuk Penguang Manggil. .

Zuraidah pada majlis yang sama turut meluluskan 27 permohonan rumah di bawah Program Penempatan Pembasmian Kemiskinan bagi kawasan MPP.

“Kita turut mengkaji isu perumahan dan penempatan di negeri Sarawak.

“Kerajaan baharu juga akan membantu menyelaraskan penempatan serta perumahan agar lebih sistematik dan mampu milik,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru